Nur Alyani Zakaria ---------> bangon daripada sume ni, tabahkan diri dengan iman,, kuatkan diri dengan pendirian,, sesuaikan diri dengan semangat baru, dan teros melangkah ke hadapan sygg.. mengadulah pada YANG ESA , DIA lebih berkuasa.. balik semula pada pencipta :DD
Daisypath Anniversary tickers

Rasa Sayang

warkah buat teman :)

Teman.....

Dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini.

Teman,

Aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.Bukan aku menaruh harapan supaya kita selalu berjumpa ,namun dihati ini terselit perasaan rindu yang amat mendalam.

Teman,

Sebagai mana baik budi mu terhadapku,setinggi gununglah cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.Selama aku mengenalmu inilah kali pertama aku ingin mengucapkan sesuatu yang mungkin berharga bagi dirimu.

Teman,

Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.Terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan kasih sayang yang engkau berikan.Maafkanlah aku andai selama ini aku sering mengganggu perasaanmu dan membuatkan dirimu sering dilanda taufan api kemarahanmu.


Teman,

Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan apatah lagi zaman kemewahan kau dan aku pernah digelar sahabat yang paling akrab suatu ketika dahulu.Janganlah kau persiakan harapanku ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik berbanding diriku.Ku berdoa agar kau sentiasa ceria seterik matahari sesegar bunga di taman dan semanis senyuman.


Teman,

Kini kau berubah. kini kau membawa diri jauh di sana. kau tinggalkan kami sendiri menjalani kehidupan ini. mana janji mu teman ingin sehidup semati bersama kami? mana kata-kata manismu teman yang akan sentiasa ada bila susah dan senang kita. kerana dia, kau bawa diri entah ke mana. kerana dia kau jauhkan diri dari kami. mungkin kau tidak memerlukan kami. tapi sejujur-jujurnya, kami amat memerlukan kau teman. lima tahun lagi teman. adakah kau ingat ada apa dengan lima tahun itu? 

Teman,

Di saat kau membaca ini, kami masih menunggu diri mu untuk kembali sayang. kami masih menerima kepulanganmu. kami tidak kejam. kami cuma anggap ini satu perjalanan hidup mu teman. di saat kau membaca ini, mungkin antara kami yang telah pergi. bukan pergi selamanya.. tapi pergi untuk menjalankan tugas. mungkin masa kau membaca warkah ini teman, kami masih seperti dulu cuma umur yang semakin dewasa.  

~YanieZack~ thengs !

No comments:

Post a Comment