Nur Alyani Zakaria ---------> bangon daripada sume ni, tabahkan diri dengan iman,, kuatkan diri dengan pendirian,, sesuaikan diri dengan semangat baru, dan teros melangkah ke hadapan sygg.. mengadulah pada YANG ESA , DIA lebih berkuasa.. balik semula pada pencipta :DD
Daisypath Anniversary tickers

Rasa Sayang

Istimewa buat NYEA

Teman,

sesungguhnya perjalanan kalian masih jauh. masih panjang untuk dilalui dan diterokai. berjanjilah untuk menjaga hubungan persahabatan kita ini sebaik mungkin. andai satu sat tiada lagi aku untuk menemani kalian. maafkan diri ini yang tidak mampu berjanji bersama kalian selamanya. fahamilah segala yang terjadi mungkin kebahagiaan bukan milik kita disini, tapi di atas sana. sahabat, jadilah wanita wanita yang tabah. janganlah kalian lemah dan rapuh diatas dugaan ini. tetapi tersenyum dan ucapkanlah syukur serana sesungguhnya itu adalah lebih baik. inilah takdir dan lumrah kehidupan. setiap yang datang pasti akan pergi. setiap yang bermula pasti akan berakhir dan setiap yang hidup pasti akan mati. terus bertahan pada sesuatu benda yang dipenghujungnya hanya penderitaaan adalah sesuatu yang amat menyakitkan. namun itulah pengorbanan. walaupun mungkin tidak dikenang, diingati dan dihargai. tapi besar nilainya pada seorang insan yang setiap hati hanya menunggu dan menunggu detik itu tiba. dengan hanya melihat senyuman kalian setiap hari sudah cukup untuk aku punya alasan terus berjuang melawan sakit yang hanya menanti detik ini. tiada sahabat yang tidak ingin melihat sahabatnya bahagia. bersama linangan airmata ku coretkan surat ini kerana ketahuilah bahawa sesungguhnya akulah insan yang lemah. tidah berdaya menatap wajah dan airmata sayu kalian. aku rapuh di dalam tangisan dan sendu kalian. maafkan diri ini yang terpaksa menipu di dalam setiap senyuman. 


iklas dari
nur anisa amirra.






~YanieZack~ thengs !

No comments:

Post a Comment